Label

Selasa, 10 Januari 2012

ZonKita.org









Salam,ZonKita.org adalah sebuah projek yang sedang diusahakan oleh Komuniti Suara Kehidupan (www.kosukeonline.com) sebuah NGO yang bergerak bersama beberapa Ngo lain sekitar Pulau Pinang yang banyak terlibat dengan isu2 sosial, agama dan kemanusiaan.
Tujuan ZonKita ini diwujudkan ialah untuk menjayakan satu gerak kerja kebajikan, dan sosio-ekonomi.
Memandangkan jumlah pengguna internet di Malaysia semakin bertambah dari hari ke hari, dan pengaruh FB yang semakin membesar dalam kehidupan, KOSUKE merasakan perlunya satu medium khas yang boleh menggabungkan pengguna internet aktif ini dalam satu platform, yang boleh mengeratkan hubungan dan memperkasakan penyampaian maklumat dikalangan pengguna internet dan badan NGO.
Usaha ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai aktivis masyarakat dan kelompok individu yang peka, prihatin dan sedar akan tanggungjawab sama2 berusaha memperbaiki keadaan sosio-ekonomi di Malaysia.


Apa yang perlu kawan2 di ZONKITA buat untuk membantu usaha KOSUKE dan NGO2 nie? 



- Tak perlu buat apa2 yang membebankan, cukup sekadar berkongsi maklumat, berinteraksi, dan menjemput kawan2 lain kedalam group ini. Kami hanya mahukan maklumat dan gerak kerja yang kami buat nie sampai, dan diketahui oleh khalayak yang ramai. Dengan tersebarnya gerak kerja, dan maklumat2 ini, usaha yang sedang kami jalankan akan lebih berkesan dan meluas impaknya.

Kenapa dalam ZONKITA nie tak da sebarang update maklumat pun? Dan Isu2nya nampak tak menarik, terlalu santai, tak seperti nak perbaiki masyarakat pun?

- Buat masa ini matlamat utama ialah mencari seramai mungkin kawan2 untuk "lepak" disini. Kami sedang menyiapkan satu portal/webplatform yang akan digunakan bagi menjayakan misi utama. ZonKita memang akan sentiasa bergerak dengan cara "santai", isu2 besar/penting hanya akan disebarkan dalam webportal nanti. Isu2 terpilih yang diutarakan dalam group nie, akan dimuatkan juga sebagai artikel pilihan dalam webportal tu nanti. Jadi tujuan group nie boleh diklasifikasikan sebagai ruangan untuk mencari "bakat2" dan "artikel2" serta "bahan2" menarik untuk dimuatkan dalam webportal ZonKITA tu nanti.


Ada hadiah/ganjaran ka kalau saya aktif dalam group nie?

- InsyaAllah, setiap usaha pasti ada ganjarannya. Projek ini adalah sebuah kerja amal, yang belum mendapat pembiayaan mana2 pihak. Hanya usaha sendiri NGO terlibat. Jadi, kalau nak hadiah, terhad kepada peserta pertandingan / acara tertentu yang dianjurkan di ZonKITA saja. Ganjaran [ selain dari pahala (insyaAllah) ], belum ada lagi... tapi ianya tidak mustahil, hasil kerja kawan2 akan dibayar di masa hadapan, setelah projek ini berjaya mencapai sasaran [ misi, dan visi ] ianya diwujudkan. Tolong2 ler doakan kami berjaya.


Kenapa NGO utk isu sosio-ekonomi dan kebajikan kena buat satu group yang tak da kena mengena dengan kebajikan langsung? Berdasarkan senarai 9 "kegilaan" yang menjadi motif utama ZonKita nie, tak da satu pun yang menampakan group nie dibuat untuk kebajikan?


- Kami dah menubuhkan banyak group dan page untuk tujuan dan betul2 fokus kepada kandungan islamic, ilmiah dan formal, tapi kesannya tidak begitu meluas.. hanya golongan2 yang memang mahu membaca/mengetahui bahan2 ilmiah nie yang akan turut serta dan stay. Golongan yang hanya suka dengan bahan2 tontonan, bacaan dan perbincangan ringan akan menjauhkan diri dari group/pages yang formal tu... sedangkan golongan sebeginilah majoriti dalam masyarakat Malaysia. Sayangnya bila golongan2 nie gagal didekati oleh NGO. Sebab tu KOSUKE cuba untuk mengerakkan ZonKITA dengan kaedah tak formal, dan santai. Pun begitu, kami masih lemah dalam bab2 tak skema nie, sebab dah sekian lama skema... kah kah kah.. harap kawan2 yang gila2 boleh bantu jayakan misi ZonKITA nie. TQ


Pada mana-mana yang berminat, anda boleh klik di sini untuk pergi ke ZonKita.org.

0 kritikan membina: