Label

Isnin, 20 Jun 2011

Satria Horsion , Bab 1 : Saat Yang Dinanti

Jam berdetik setiap saat. Renungan sepasang mata coklat tidak berkelip daripada memandang jam tersebut. Tiada yang istimewa dengan jam tersebut. Namun pemuda tersebut menanti saat bermakna dalam hidupnya. Ah ! 13 minit lagi. Terasa seperti lama sungguh saat tersebut. Namun dia perlu bersabar menanti saat tersebut, saat dia genap 20 tahun.
            Disebabkan ianya berlaku sekali seumur hidup, dia tahu saat itu tidak harus dipersiakan. Sambutan hari lahirnya tidak semeriah kawan-kawannya yang lain. Penuh kek dan lauk pauk, jamuan mewah terhidang depan mata. Gelak tawa memeriahkan rumah yang besar. Benar, ramai yang inginkan hari lahirnya disambut sebegitu rupa. Namun tidak baginya. Setiap kali hari lahirnya, dia akan tekun mengerjakan tugasan yang pelbagai. Seperti tahun lepas, dia harus menyelamatkan perniagaan kecil-kecilan belia. Kelakar, seronok namun tidak lupa akan keletihan yang dirasai. Itulah ungkapan yang dapat diberi oleh ahli Platinum bagi organisasi Xehon Xelium atau lebih dikenali Double X .
            Penglibatannya dalam Double X sejak 4 tahun lalu benar-benar mengubah hidupnya. Pelbagai pengalaman yang dapat dirasai. Tidak kira pahit manis, setiap satunya amat berharga. Andai diberi peluang, mahu saja dia mengadakan sidang akhbar untuk menceritakan tentang Double X. Namun dia sedar bahawa ianya mustahil. Double X merupakan organisasi rahsia maya yang bertapak di dunia digital. Bukannya senang untuk memasuki Double X itu. Apatah lagi sekarang dia berada di tapak Platinum; peringkat di mana kajian dilakukan ke atas segalanya.
            Kringg !!!
            Jam locengnya berbunyi sekaligus menghentikan lamunan pemuda tersebut. Dia tidak sedar masa berlalu dengan cepatnya. Saat yang dinantikan telah berakhir apabila jam telah menunjukkan jam 4:06 pagi pada 4 Jun pada tahun itu. Kini genaplah 2 dekad pemuda itu lahir di dunia. Dengan perlahan, birthday boy membuka kotak musik, diputarnya kunci ditepi kotak sebanyak empat kali sebelum dilepaskan. Alunan merdu mula kedengaran memenuhi ruang bilik tersebut. Dengan perlahan dan nada sayunya birthday boy mula menyanyikan lagu sempena hari lahirnya… bersendirian. Seperti kebiasaannya, dia akan menyambut bersendirian. Cuma bezanya, pada tahun ini dia akan menyambut di dunia nyata dengan tiada tugasan seperti tahun lepas. Air matanya mula mengalir, mengenangkan jasa ibunya bertarung nyawa melahirkan pemuda sempurna 20 tahun yang lalu. Syukur Alhamdulillah… Ibunya selamat dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.


Dengan satu saat…
Dua hati bersatu kasihnya…
Dengan penuh ilham…
Dan juga kekuatan jitu…
Selamatlah dikau ke dunia ini…
Selamat datang kami ucapkan…
Senyum tawa kami iringi…
Supaya dikau tenang selalu…
Kau adalah anugerah…
Kau adalah simbol kasih kami…
Kasih kami hanya untuk mu…
Kami janji kau kan bahagia …
Datanglah pancaroba…
Dampinglah dengan kau..
Dengan ilmu dan jitu unggul…
Dikaulah pendamai…
Perjalanan kamu masih panjang…
Pancaroba harus ditempuhi…
Pantang kita mengalah sebelum ajal…
Percaya kami dihatimu…
            “Adam Putra !”
            Adam tersentak. Panggilan tersebut mematikan lamunannya terhadap lagu tinggalan ayahnya. Siapa pula yang memanggil namanya? Setahunya rumahnya kini kosong. Pak ciknya sekeluarga pergi bercuti di Langkawi. Dalam empat hari lagi baru mereka pulang. Tapi pada kebiasaannya, selagi cuti persekolahan masih ada, mereka akan terus bercuti. Pak cik Rahman tiada masalah dari segi masa kerja. Dia mempunyai syarikatnya sendiri. Syarikat MultiProg & Bro yang sentiasa mengeluarkan pelbagai perisian baru dan sistem-sistem yang sukar dinyahkod oleh programmer lain. Namun mungkin tidak bagi Double X.
            Dengan perlahan Adam menuruni tangga. Senyap bagaikan pencuri di rumah sendiri. Ah ! Alangkah pengecutnya andai dia tidak mampu mempertahankan rumahnya sendiri. Tapi ini bukan soal takut. Tapi tentang strategi. Kalau betul pencuri, pasti dia akan ketuk dengan … tangan kosong ? Adam tidak kira, walaupun tidak bersenjata, dia pasti akan berusaha sedaya mungkin menentang maling yang cuba merosakkan saat indahnya.
            Kini dia berada di ruang tamu. Kelihatannya television sahaja yang masih menyala, menayangkan skrin biru tanda tiada sebarang rancangan yang sedang ditayang. Ruang sekelilingnya sudah gelap, hanya lampu jalan yang menyimbah sinarnya ke ruang tamu. Adakah dia lupa menutup television? Setahunya dia tidak menonton sebarang siaran pada malam ini. Jika bukan dia, siapa lagi ? Mungkin juga pencuri yang memasuki rumahnya. Eh, pencuri apa yang memasuki rumah semata-mata mahu menonton siaran kosong ? Adam teringat kembali. Ah, bodohnya dia. Sebarang kemungkinan sebentar tadi segera dipadam. Tidak syak lagi. Semuanya kerana …
            “Cepat bersedia Adam. Kita tak ada masa lagi. Jangan lupa sut Plat X. Kita ada kecemasan,” Zahidah segera memberi arahan sebaik sahaja memunculkan diri. Akhirnya Adam ditemui setelah setiap pelosok rumah dicarinya.
            “Sekarang? Tapi cuti aku masih ada sehari lagi ! Please consider my condition right now. You know, I’ve something else to do ri…
            We will do that thing, later. Blue Code is activated. We need more staffs, and you that’s who we need now !! Understand that, birthday boy ?” Zahidah terus menyampuk tanpa sempat Adam menghabiskan ayatnya.
            Adam mengalah. Dia tahu Singa Masa memang tegas terhadap tugasannya. Apatah lagi Kod Biru telah diaktifkan. Kod Biru membawa maksud barang artifak harus dirungkai. Tidak semua orang boleh merungkai barang artifak kerana ianya amat sensitif. Kalau tersilap langkah, barang tersebut akan hilang atau menjadi semakin keras. Jadi maklumat yang ingin diperolehi akan hilang begitu sahaja.
            Adam segera memasuki biliknya. Sut Plat X disimpan di dalam almari segera dicapai. Kotak musiknya ditutup dan disimpan ke dalam kocek. Dengan pantas Adam segera mendapatkan Zahidah. Gadis bermuka bujur berkulit gelap manis tu bukannya boleh berkira pasal masa. Kalau ada yang terlambat, pasti dihukum keras olehnya. Adam sendiri tak mahu perkara lama berulang kembali. Cukuplah sekali.
            So Zahidah, semua dah siap. Jom pergi ke Double X,”
            “Okay. Portal pun akan tertutup tak lama lagi. Kita kena cepat,” Zahidah sedia memperkemaskan sut Plat X yang siap dipakainya. Rambut kerintingnya disisirkan kemas ke belakang.
            “Oh ya. Di mana portal kita?” Tanya Adam sambil memerhatikan sekeliling. Dia tidak nampak lubang portal yang biasa digunakan untuk pergi ke dunia digital. Sesuatu portal mempunyai tempoh masa aktif tertentu. Paling sekejap pun 1 minit. Cukup untuk perjalanan sehala.
            Zahidah melangkah menuju ke ruang tamu sambil menghadap television. Dia mencangkung sambil menekan punat di telapak sarung tangannya bagi mengaktifkan kuasa sarung tangan tersebut. Dengan tidak semena-mena, television bersiaran biru tadi memancarkan cahaya yang lebih terang hingga mampu menerangi rumah tersebut.
            “Kita gunakan Portal Elektron. Tapi kita harus siap sedia. Portal ini masih dalam pengujian,” Zahidah memberi sedikit penerangan sambil berdiri tegak mengadap television.
            “Err... Selamat ke?” Adam masih ragu-ragu untuk menggunakan Portal Elektron. Bukan sahaja kerana Adam tidak pernah menggunakannya, tetapi kerana portal tersebut masih dalam pengujian. Ini bermaksud, Adam dianggap sebagai tikus makmal bagi menjalankan pengujian tersebut. Oh tidak. Takkan semua ini berlaku ketika hari jadinya. Kalau berlaku kemalangan, pasti hari jadinya turut menjadi tarikh kematiannya.
            Don’t waste time with such silly question.” tegas Zahidah.
            Skrin television tersebut memaparkan beberapa butang hologram. Dengan kuasa sarung tangan Zahidah, hanya Zahidah yang mampu mengendalikan butang tersebut. Zahidah memasukkan perkataan ’02-Plat-BaseX’ ke dalam skrin tersebut. Perkataan itu merupakan maklumat kepada portal (02-jumlah orang; Plat-tapak pengguna tertinggi; BaseX-destinasi). Sejurus kemudian, butang hologram tersebut diganti dengan gambar mikrofon berbentuk diamond. Adam sudah arif akan kegunaan mikrofon tersebut. Ianya digunakan untuk mengesan kata laluan semua ahli sebelum memasuki ke mana-mana makmal. Di sebelah mikrofon tersebut, terdapat beberapa butang yang digunakan untuk kecemasan. Sehingga kini, butang tersebut tidak digunakan lagi.
            Punctual” Zahidah memasukkan pengenalan dirinya.
            Boolean” Giliran Adam memasukkan kata laluan. Sebaik sahaja kata laluan dimasukkan, skrin tersebut hilang dan tubuh mereka berdua mula bertukar kepada angka dan kod-kod sebelum hilang. Sejurus tubuh mereka berdua lesap, television tersebut tidak lagi mengeluarkan cahayanya.
            Tubuh Adam terasa ringan ketika berada di dalam dunia portal. Di dunia portal, dia tidak perlu berjalan seperti biasa. Tubuhnya bergerak mengikut kehendak mindanya. Jika mindanya mahu ke depan, maka tubuhnya akan bergerak ke depan dengan kelajuan yang sama. Perjalanan ketika di dalam dunia portal tidak susah kerana terdapat pari-pari kecil seperti cacing yang menunjukkan arah.
Dia harus berhati-hati ketika berada dalam dunia portal. Setiap portal mempunyai risiko yang tersendiri. Ada yang mencampakkan pengguna ke tempat yang lain, malah ada yang mengurung pengguna dalam ruang portal itu sendiri. Adam tidak lupa dengan apa yang terjadi dengan Karim ketika menggunakan Portal Time bulan lepas. Akibat muntah ketika berada di dalam ruangan portal, pari-pari penunjuk tersebut pecah menjadi butiran kod. Karim hilang arah dan akhirnya tidak menjumpai jalan keluar. Unit Float; pasukan pertahanan ruangan portal ditugaskan mencari Karim. 3 jam kemudian Karim dijumpai tapi dalam keadaan yang amat teruk. Wajah Karim bertukar menjadi orang tua. Rambutnya menjadi panjang dan berwarna putih. Kulitnya kelihatan nipis dan kurang air. Namun tubuh badannya masih berusia 25 tahun. Sebab itu Adam tak nak dirinya mendapat nasib yang sama. Apatah lagi, sekarang dia berusia 20 tahun, bukannya 80 tahun. Oh tidak sama sekali.

1 kritikan membina:

quaneishamacak berkata...

Find best slots machine reviews by real casino players - DRM
Find best 순천 출장안마 slots machine 광주 출장안마 reviews by real 강원도 출장안마 casino 영주 출장안마 players - DRMCD 강원도 출장샵