Label

Ahad, 1 Januari 2012

Jawatan Kosong Multimedia di Golden Minds???

Kekosongan jawatan bahagian industri Multimedia. 

Anda boleh menghubungi Abang Raja Shamri menerusi email rshamri@hotmail.com, atau talian berbayar 09 7868787. Kalau tak percaya, boleh klik kat sini untuk pengesahan ya. Kalau berminat nak berkenalan dengan bakal majikan anda, boleh pergi kat blog atau FanPages dia. Kita dapat lihat, konsep kerja abang Raja lebih ke arah islamic. Jadi tidak timbul persoalan tiada waktu solat dan sebagainya.




Bagi semua yang berminat, di sini ada beberapa tips ketika berdepan penemuduga.

1) Be yourself. Kita dilahirkan untuk brsemuka dengan orang. Jadi jangan pula kita buat-buat macam makhluk lain pula ya (tafsiran sendiri).

2) Confident. Jangan lemah semangat, berdebar dan tidak yakin dengan apa yang dituturkan. Kalau kena speaking pun, cakap aje. grammar tu num 2. tak pernah pula jumpa panel yang kisah pasal "do-did", "is-was" dan sebagainya. The important thing is CONTENT.

3) Bring Your Artwork. Anda mesti ada hasil kerja bukan. Walaupun peringkat amatur, bawa saja. Ops, jangan pula ada yang bawa satu fail penuh dengan hardcopy artwork. Maksud di sini bawa softcopy artwork tu. Kalau ada yang bahagian kumpulan/individu, asingkan. walau se"amatur" mana hasil anda, semua memahami bahawa anda masih belajar.

4) Be creative. Jangan skema sangat dalam promote diri tu. Kalau pelajar UUM, bawa sira tu dan promote aktivti yang anda sertai, walaupun tidak diminta. Tidak semua sempurna, tapi dengan kekreativiti anda, maka anda menghampiri kesempurnaan.

5) Show your spirit. Walaupun kita belum memasuki ke dalam organisasi tersebut, tunjukkan semangat kita untuk menaikkan syarikat tu melalui keunikan kita. Dari situ kita telah menunjukkan betapa bergunanya kita. Percayalah, walaupun anda memegang gulungan ijazah lain, tapi anda berkemahiran dalam sesuatu, mungkin anda adalah yang terpilih. Rezeki Allah ada di mana-mana.

Apa yang PENTING??? Berusahaaa~~

0 kritikan membina: