Label

Ahad, 12 Februari 2012

Perbincangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua. Posting kali ini adalah lebih kepada perbincangan semasa terhadap satu permasalahan pendapat daripada page seorang motivator terkenal, YM Raja Shamri. Kali ini topik yang ditimbulkan adalah mengenai minat kerjaya dalam industri Multimedia dan kali ini dikhususkan kepada bidang ANIMASI. Kapten Rahzihan akan mengulas persoalan ini dengan pandangan peribadi Kapten sendiri. Sebarang jenis perbincangan dan penokoktambahan, amat dialu-alukan kepada semua.

Assalamualaikum abg Raja . saya bekas pelajar smt kajang 2010/11 . Saya belajar kejuruteraan mekanikal . Sekarang saya mengikuti sijil kemahiran dalam teknologi animasi dan bercadang untuk melajut di peringkat diploma dan ijazah .
Jadi saya nak minta pndapat abg, adakah saya patut menerus dalam bidang animasi?
Kerana ada sebilang besar pakck and makcik trmasuk ibu dan ayah tak brape stuju mengambil bidang animasi . Mereka kata sia2 blajar kejuruteraan 2 thun kt skolah tp ambil animasi bila dah besar.
Oleh itu , saya patut meneruskan minat atau mengikut kata2 keluarga , menerus dlm kejuruteraan ? Harap abg raja boleh memberi pendapat :) , rujukan di sini.

Di sini ada beberapa isu yang perlu dikupas:

  1. Si anak belajar dalam bidang Kejuruteraan atau bidang lain, tetapi berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Animasi.
  2.  Sokongan dari keluarga terhadap karier animasi.
  3. Peluang pekerjaan dalam bidang animasi.
  4. Sejauh mana kita boleh bertahan dalam bidang ini?

Okay, sekarang Kapten akan cuba mengulas satu persatu. Harap dengan ulasan sebegini dapat membantu semua.

1. Si anak belajar dalam bidang Kejuruteraan atau bidang lain, tetapi berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Animasi.

Bila ditanya mengenai minat, sudah semestinya ramai anak-anak muda zaman sekarang terdedah dengan kartun seperti PowerPuff Girl, Dragon Ball, Ultraman, Kamen Rider dan sebagainya. Jika ditanya, kanak-kanak lebih mudah mengingati nama-nama watak kartun berbanding nama menteri kita, setuju? Ini kerana pendedahan dari kecil

Sabtu, 11 Februari 2012

JEPUN TAJA ITU-UUM ANJUR BENGKEL ANIMASI 3D OSS


11 FEBRUARI  2012/ 18 RABIULAWAL1433H
====================================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
           (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh: Nasiha Abdul Rashid
Gambar oleh: Muhammad Shamsul Shafie


UUM ONLINE: Pusat Kecemerlangan Asia Pasifik Dalam Pembangunan ICT Luar Bandar, International Telecommunication Union, Universiti Utara Malaysia (ITU-UUM) diberi penghormatan menganjurkan Bengkel Perisian Sumber Terbuka (OSS) Animasi 3D, dengan penyertaan peserta dari Thailand, Kemboja, Vietnam, Bangladesh, Yaman dan Malaysia melalui tajaan dana daripada kerajaan Jepun.


Bengkel anjuran bersama Sekretariat ICT ASEAN, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, serta College of Arts and Sciences,  (UUM CAS) bertujuan membantu menambah pengetahuan penggunaan OSS antara pelajar universiti tahun akhir bagi meningkatkan nilai tambah, kebolehpasaran dan daya keusahawanan graduan ini.