Label

Selasa, 10 Januari 2012

ZonKita.org









Salam,ZonKita.org adalah sebuah projek yang sedang diusahakan oleh Komuniti Suara Kehidupan (www.kosukeonline.com) sebuah NGO yang bergerak bersama beberapa Ngo lain sekitar Pulau Pinang yang banyak terlibat dengan isu2 sosial, agama dan kemanusiaan.
Tujuan ZonKita ini diwujudkan ialah untuk menjayakan satu gerak kerja kebajikan, dan sosio-ekonomi.
Memandangkan jumlah pengguna internet di Malaysia semakin bertambah dari hari ke hari, dan pengaruh FB yang semakin membesar dalam kehidupan, KOSUKE merasakan perlunya satu medium khas yang boleh menggabungkan pengguna internet aktif ini dalam satu platform, yang boleh mengeratkan hubungan dan memperkasakan penyampaian maklumat dikalangan pengguna internet dan badan NGO.
Usaha ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai aktivis masyarakat dan kelompok individu yang peka, prihatin dan sedar akan tanggungjawab sama2 berusaha memperbaiki keadaan sosio-ekonomi di Malaysia.

Ahad, 1 Januari 2012

Jawatan Kosong Multimedia di Golden Minds???

Kekosongan jawatan bahagian industri Multimedia. 

Anda boleh menghubungi Abang Raja Shamri menerusi email rshamri@hotmail.com, atau talian berbayar 09 7868787. Kalau tak percaya, boleh klik kat sini untuk pengesahan ya. Kalau berminat nak berkenalan dengan bakal majikan anda, boleh pergi kat blog atau FanPages dia. Kita dapat lihat, konsep kerja abang Raja lebih ke arah islamic. Jadi tidak timbul persoalan tiada waktu solat dan sebagainya.