Label

Khamis, 11 Ogos 2011

Ulasan IGEM : Dare To Dream Challenge 2011

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah saya baru saja menyelesaikan projek IGEM : Dare To Dream Challenge 2011 . Untuk makluman lanjut , kalian boleh mengetahuinya dengan klik di sini . Tapi apa yang saya ingin kongsikan di sini bukanlah mengenai pertandigan tersebut , tetapi perjalanan dan beberapa intipati yang saya dapat semasa saya menyertai pertandingan tersebut. 


Pada asalnya saya mendaftarkan diri dalam Dare To Dream Challenge dalam 3 kategori, mengenai pendaftaran kumpulan, anda boleh lihat saja di sini . Ada yang mempertikaikan mengapa saya mendaftar dalam semua penyertaan, ada juga yang mempertikaikan kemampuan saya untuk membuat semua kategori. Jawapannya mudah saja. Pertamanya adalah kerana saya sememangnya MAMPU  UNTUK MENYERTAI ketiga-tiga kategori kerana saya memang pernah membuat animasi walaupun dalam kategori amatur (ini untuk kategori A) , saya juga gemar untuk meronda-ronda dan mencari konsep untuk fotografi (ini untuk kategori B) dan akhir sekali  saya telah mendapat didikan dan pendedahan awal dalam bidang kajian permasalan sains dan reka cipta (kategori C). Menurut maklumat yang diterima, setiap kumpulan yang berdaftar boleh menghantar karya sehingga TIGA penyertaan maksimum bagi SETIAP KATEGORI. Oleh itu dengan pendaftaran RPA sebanyak TIGA kategori membuka peluang SEHINGGA SEMBILAN (9) penyertaan. Memandangkan saya sendiri tidak mempunyai masa yang cukup untuk mencari peserta, ini merupakan antara cara untuk membenarkan mahasiswa/i UUM untuk menyertai pertandingan ini.

Saya menyertai pertandingan ini secara persendirian pada asalnya kerana kenalan UUM saya berada dalam jarak yang jauh dan mereka sendiri turut menyertai pertandingan ini mengikut kumpulan mereka . Dalam keadaan saya sendiri tidak mempunyai kenalan dan aktiviti di rumah seperti menjaga adik dan keluarga, saya memutuskan untuk tidak bekerja sambilan dan membuat projek ini secara persendirian. Alhamdulillah walaupun secara persendirian , saya mendapat sokongan moral dan bahan-bahan dari keluarga dan masyarakat sekeliling . 

Antara lokasi yang saya pergi untuk penggambaran adalah Mersing dan Kluang. Berbekal kamera dan pengalaman mentah, saya menaiki motor pak cik untuk mengelilingi daerah demi mencari konsep. Antara pengalaman yang susah nak dilupakan adalah tiba-tiba motor terasa berat di belakang ketika melewati hutan hingga ke jalan besar. Saya menaiki motor seorang diri, tapi mengapa berat ketika melewati kawasan hutan itu ? Rupanya tayar motor pecah. Ini semuanya dugaan. Redha sajalah. Pernah saya pergi memanjat ke Gunung Lambak, Kluang secara berseorangan. Tapi agak susah sebab tak dapat nak menghasilkan tema yang saya mahukan . Amatlah susah sebenarnya membuat kerja secara individu. Jadi pada keesokan harinya, saya pergi kembali ke Gunung Lambak dengan kenalan baru saya. Seorang pemilik kedai perunding perkahwinan, De Zack Singgahsana. Jadi selama kami pergi membuat kerja, kami berkenalan dengan lebih rapat dalam sektor perniagaan. Jika dilihat antara kami mempunyai kaitan bidang yang berbeza, namun ade hubung kaitnya.
Gambar yang diambil ketika melewati tempat rehat Gunung Lambak

Banyak permasalahan yang kami bincangkan dalam sektor perniagaan. Ternyata pengalaman Abang Zack dalam dunia pengalaman benar-benar mengagumkan saya. Membuat tiga jenis pekerjaan dalam seminggu, bukan senang untuk bergiat sepertinya. Berbalik kepada penggambaran, sepanjang tempoh itu, banyak konsep yang kami perolehi. Harap-harap usaha ini membuahkan hasil dan menambat hati juri.

Pada awal perancangan, saya ingin menyempurnakan ketiga-tiga kategori, namun kita hanya merancang, Allah saja yang menentukan segalanya. Saya menghadapi dilema dalam membuat segala konsep. Idea untuk animasi dan kajian penyelidikan itu semuanya sudah ada. Malah kemudahan semua boleh digunakan seperti kaedah Stop motion , Simple Montaj, Picture Slide dan sebagainya bagi menghasilkan sebuah animasi . Konsep yang mudah ini boleh digunapakai oleh semua peringkat walaupun berada dalam peringkat amatur seperti saya. Contohnya, untuk menggunakan kaedah Stop-Motion gabungan Montaj , kita boleh gunakan kaedah layar hijau, ataupun lebih dikenali Green Screen. Tapi kalau tidak mempunyai layar itu, boleh gunakan cara alternatif seperti yang saya gunakan. 

Dalam masa yang sama, saya turut mendapat tempahan dan panggilan yang pelbagai dari banyak pihak. Ada yang perlukan khidmat saya untuk membuat video, mereka kulit buku graduasi, dan ada yang merujuk pelbagai masalah komputer dengan saya. Alhamdulillah, saya menolong sekadar yang termampu saja. Ada yang dapat disiapkan , ada lagi yang dalam jadual. Jadi ini telah membuatkan saya agak bertindih dalam melaksanakan kerja-kerja yang lain. Apatah lagi, pada saya tidak mempunyai tenaga kerja yang mencukupi untuk membantu saya menyiapkannya.







0 kritikan membina: